:)


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


p/s: ade 3 lagu sekat sini. nak dengar lagu laen tekan skip oke.. thanks.. :)

Wednesday, June 16, 2010

movie

senarai movie yang aku suke tengok.:
  • wild child
  • karate kid
  • shrek forever after
  • confessions Of A Shopaholic
  • the princess and the frog
  • titanic
  • twilight
  • alice in wonderland
  • hairsparay
  • enchanted
  • a cinderella story
  • the princess diaries
  • transformers
  • high school musical 
  • Monster Vs Alien 
  • hannah montana the movie
  • 17again 
  • 2012
  • ice princess
  • up
  • 200 pounds of beauty
  • papadom
  • myspy
  • geng: pengembaraan bermula
  • pisau cukur
  • semerah cinta stilleto
  • sayang you can dance
  • saus kacang
  • tipu kanan tipu kiri
hmm..sepatutnye ade lagi movie  yang best-best..aku rase boleh penuh blog nie dengan senarai movie yang aku nak letak. :D hoho..
hari tu aku ade tengok cerita semerah cinte stilleto. citew die best,kelakar..  dan glie-gile sikit..aku tak tau napew citew nie tak dapat sambutan sangat.  nak kate tak best. best.. hmm.. entahla..
jadi.aku nak citew sikit pasal movie semerah cinte stilleto nie..
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto?

hah! nak tau kesudahannye..beli la cd die erk.. tata... :)


Monday, June 14, 2010


p/s : masih mencari si die... :)
firstly aku nak cerita pengalaman aku pergi pulau.pergi sane mesti la dengan family, tak kan la sorang-sorang pulak kan??
wow! best giler!~ rugi kalau korang tak pergi. dekat sane air die warne biru. korang boleh nampak ikan-ikan kat dalam laut tu.. name tempat tu LAGUNA REDANG ISLAND RESORT,PULAU REDANG.TERENGGANU. HEHE.. honeymoon dekat sane.. :D

LAGUNA REDANG tu dekat tengah-tengah laut. jadinye, kene la naik bot untuk ke sane.. mule-mule naik tu memang agak menyeramkan la jugak. manetaknye.. bot tu asyik bergoyang kiri kanan kiri kanan je. rase cam nak jatuh pon de jugak. akhirnye pukul 11 pagi macam tu kitorang selamat sampai dekat laguna tu.. aku de usya sorang mamat nie. nak dikatakan ensem. ensem la jugak. boleh la tahan. tapi. aku pelik la dengan die. riak muke die macam tak de perasaan. sepanjang aku satu resort dengan die. aku lom pernah lagi tengok muke die gembire ke, sedih ke, marah ke, bengang ke.. susah nak tengok riak muke die de perasaan. huh. susah nak terangkan. first aku jumpe die dekat airport subang, aku ingat die melayu. rupe-rupenye cine.. nak tegur. malu la kan.. tak kan perempuan nak pergi tegur lelaki.. hmm.. bile aku sibuk mengusya-usya die.. boleh pulak die terpandang aku.. malunye lahai.. tah pe die fikir pasal aku nie.. disebabkan aku tak tau pe name die.. aku bagi je la name die "BUDAK CINE" HOHO.. hodohnye name die.. sory erk awk.. :P

aku juge berpeluang pergi snorkeling dekat tengah laut. mule-mule nak masuk dekat dalam air tu. aku ade jugak terjeri-jerit.. yelakan.. mase tu kan aku ade dekat TENGAH-TENGAH laut. kalau dah snorkeling tu. mesti la nak kene pakai alat die. aku pakai diving mask dengan snorkel, abang tu pon ajar la aku macam mane nak bernafas dalam air. nasib baik abang tu ade. kalau tak. eish.. tak tau la macam mane.. dekat situ aku dapat tengok pelbagai jenis ikan dan batu karang yang berwarna-warni. aku dapat pegang gamat.. bagi ikan makan.. tengok ikan NEMO dekat-dekat.. eish. memang best~

HAH! ade satu malam tu. hari kedue aku kat sane, malam tu aku jalan-jalan tepi laut dengan kawan-kawan aku. HEHE.. best.. kitorang de tangkap-tangkap gambar. dah macam pe tah. terloncat sane terloncat sini. bile tengok gambar-gambar tu balik.. huh.. buat malu je.. :P hmm..jalan punye jalan ade satu tempat nie. pergh! menari tak ingat dunie.. dengan lagunye, lampu lip lapnye..

aku de dengar sorang dj tu cakap. "COME ON GUYS, COME ON GUYS! DANCE DANCE DANCE! " eeii.. cam bongok je.. HAHA.. tapi. sikit je ar orang yang join menari. ahahh.. wat malu je.. ade sorang perempuan cine nie.. YA ALLAH, dah la tak malu. ade ke patut die naik pentas tu sorang-sorang, pastu menari macam.. err! dan macam tak menari dah aku tengok. ingat sexy la tu. :P HAHA..

dekat sini susah nak beli barang. ade due kadai je yang jual barang cenderahati. dekat situ diorang jual barang mahal-mahal. tau je la tempat tu macam mane. jadinye, dapat beli barang sikit je la..

hari sabtu pagi kitorang dah check out. sedih nak tinggal kan tempat tu. rase macam nak menangis je.. HUHU.. nak dikatekan, kat sini best la jugak. banyak aktiviti boleh join.. hmm.. pukul 12 tengahhari macam tu, kitorang naik bot untuk balik ke rumah. dah masuk tu.. aku dengan zaty duduk dekat belakang, baris yang kedue. tak sangke pulak budak cine tu duduk betol-betol dekat belakang aku je.. apelagi. aku dengan zaty saje je la mengade-ngade nak usya budak cine tu dari tempat duduk kitorang.. tapi. takot la jugak nak usya budak tu. manetaknye.. daddy budak tu.. macam ahli gusti da.. HAHA.. takot-takot..

dekat dalam bot tu.. sejuk betol. aku dah macam orang eskimo dah. dengan pakai sweater, skarf lilit dekat leher.. haha.. aku nampak macam budak gemok. dah sejuk sangat. aku ajak zaty dengan hisyam lepak dekat beranda bot.. lebih kurang macam tu la.. lupe pe name die..hoho.. tibe-tibe budak cine tu muncul. terkejut la jugak. biase nye, kalu die nak pergi mane-mane. ade orang yang teman kan die.. tapi die sorang-saorang je.
kire oke la tu.. boleh la aku usya die lagi.. HAHA.. gatal betol aku.. :P aku macam heppy bile die de kat situ. tak tau la kenape.. tak lame lepas tu. zaty ajak masuk. tapi aku tak nak. aku nak tengok pemandangan laut dari luar.. rase tenang je.. hisyam pulak.hergh! sibok je. saje tak nak masuk la tu. tapi. lagi la pelik, budak cine tu pulak yang tengok-tengok aku. bile aku tengok baju aku, tak de pulak kotor. muke oke. rambut pon oke.. eish.. betol la budak tu pelik.. pastu tah macam mane budak cine tu senyum. aku pon toleh la belakang. aku ingat die senyum kat hisyam ke ape ke. tapi. hisyam pandang belakang. tak kan la budak tu senyum sorang-sorang kot. gile ke ape.. pastu aku saje je la berdiri sebelah budak tu, dengan alasan nak tangkap gambar laut. pastu bile aku toleh kanan.muke die dekat betol dengan muke aku. pastu die senyum. aku tengok die macam heppy je.. pelik pelik pelik. kesimpulannye. aku berjaye la jugak kan buat die senyum?? HOHO..

Sunday, June 13, 2010